Wednesday, April 23, 2008

Potensi RUH....

Assalamualaikum......

Hari ini semua manusia ingin menjadi cemerlang dalam kehidupan. Kadang-kadang dalam kesungguhan kita mencari method ada kaedah untuk menjadi cemerlang kita terlepas padang kepada perkara yang utama dalam kita ingin menjadi insan yang cemerlang dalam kehidupan. Kita terlalu fokus kepada membina dan merawat badan jasmaniah kita semata-mata tanpa kita membina dan merawat "rohani" kita. Mari kita sama-sama renungi mengenai Potensi Ruh....

Allah SWT yang bersifat Penyayang kepada hamba-Nya, telah mengutuskan Rasul-Nya membawa peringatan kepada ruh-ruh supaya mereka kembali kepada Tuhan mereka(makrifat). Allah SWT telah membukakan pada Nabi-nabi hijab yang tertutup pada manusia. Mereka membawa pengajaran ke arah mengembalikan kesucian ruh di mana jika manusia benar-benar mengamalkannya, akan terbukalah kembali rahsia diri mereka secara pembukaan hijab (mukasyafah).

Pembersihan ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh jin dan syaitan, sebagaimana sami-sami atau paderi dan sebagainya. Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani org Islam tiada batasannya. Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur. Hal ini disebutkan dalam Al-Quran : " Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatila". (al-Isra' ;81)

Renung-renungkan............

No comments: