Wednesday, April 23, 2008
Kebesaran Allah SWT....
Video di atas budak kecil bernama Sheikh Sharafuddin yang maklumat detailnya ada di ruang info video klip tersebut. walaupun dia bukan lah graduan yang ada ijazah, dalam umur 1 tahun dia telah pandai membaca quran dan dia boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu perancis arabic dan swahili tanpa pergi belajar….
dan ayat pertama yang diucapkan adalah ” kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah” yang dicakap dalam bahasa arab padahal dia bukan lah org arab.
dan dia juga berkata bahwa dia akan hafiz quran dan akan menghafal semua maksud quran pada masa itu umutnya baru 1 tahun setengah dan dia juga sembahyang 5 waktu sehari pada waktu itu..
budak ini dilahirkan dalam keluarga kristian dan sejak berlaku keajaiban pada budak ini… ibu bapanya pun memasuki agama islam… begitu hebatnya kuasa Allah. tak terjangkau oleh akal….
dan org islam yang telah melihat kejadian ini telah beriman dengan Allah dengan sebenar benarnya dan org kafir yang telah melihat kejadian ini telah memasuki agama islam..
dan skrg ini dia telah bergelar sheikh sharifuddin dan skrg dia telah berumur 5 tahun dan sudah tahu semua isi quran.
Kisah seperti ini pernah terjadi kepada Sidi Ali Zainal Abidin ( cicit Rasulullah s.a.w ) ketika beliau masih kecil yang mana mampu menjawab dan mengajar ketika belum lagi berguru dengan mana mana guru di zaman beliau ketika itu. Bila ditanya; dia menjawab ; zat ku zat ayahku dan ilmuku ilmu ayahku…
‘ Dan Allah memberi rezeki ( termasuk ilmu ) kepada sesiapa sahaja tanpa ada hisab ‘
Potensi RUH....
Allah SWT yang bersifat Penyayang kepada hamba-Nya, telah mengutuskan Rasul-Nya membawa peringatan kepada ruh-ruh supaya mereka kembali kepada Tuhan mereka(makrifat). Allah SWT telah membukakan pada Nabi-nabi hijab yang tertutup pada manusia. Mereka membawa pengajaran ke arah mengembalikan kesucian ruh di mana jika manusia benar-benar mengamalkannya, akan terbukalah kembali rahsia diri mereka secara pembukaan hijab (mukasyafah).
Pembersihan ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh jin dan syaitan, sebagaimana sami-sami atau paderi dan sebagainya. Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani org Islam tiada batasannya. Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur. Hal ini disebutkan dalam Al-Quran : " Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatila". (al-Isra' ;81)
Renung-renungkan............
Sunday, April 20, 2008
Buku Sesuai untuk Ketenangan Jiwa....

Petikan Sirr 12
"Dunia bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia adalah mencintai penderitaan.
Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku.
Akal menangkap peristiwa, hati menerima dan mengolahkannya. Jika hati bernafsu ammarah, segala peristiwa akan diolah oleh nafsu ammarah. Maka jiwanya tidak pernah kenal diam dari merungut, kecewa, dengki, marah, dendam dan kesedihan. Hatinya tidak akan tenang walaupun memiliki segunung emas.
Nafsu ammarah adalah punca penderitaan insan. Lihatlah dunia hari ini yang penuh penderitaan. Ia adalah lontaran nafsu ammarah yang ada dalam diri ramai manusia dan pemimpin dunia.
Nafsu tamak, angkuh dan gilakan kekuasaan, tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam.
Nafsu ammarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan akal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan."
“Apakah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya?” (Al-Furqan: 4)
.....................
Ayat-ayat di atas merupakan sebahagian petikan daripada buku ini. Ia mengandungi 28 bicara sirr (sirr = rahsia qalbu) dan beberapa sajak kerohanian. Bersaiz poket, keseluruhan 84 mukasurat (tak termasuk kulit), dijual dengan harga RM3 sahaja (+ RM1 lagi untuk kos penghantaran).
Diolah dalam bahasa jiwa yang mudah dan menyentuh hati. Sesuai dibawa ke mana-mana sebagai penawar jiwa atau dihadiahkan kepada orang lain.
Jika berminat boleh sms nama dan alamat penuh ke 013-957 1682 @ 016-921 1682. Pembelian 30 naskah ke atas, akan diberikan diskaun istimewa! Cetakan terhad.Tazkirah Hati
"Jadilah diri kita sebagai pejuang kepada kehidupan yang hakiki dan bukannya pejuang kepada kehidupan yang palsu"
Dizaman ini, hati-hati manusia merasa pahit apabila menyebut nama Allah SWT, sebaliknya bila mengingati hal-hal dunia mereka merasa asyik dan lazat. Mereka juga boleh berborak dengan manusia atau berada di depan TV berjam-jam lamanya tapi bila disuruh mengingati Allah mereka merasa amat sukar.
Renung-renungkan lah.....